Pages

Sunday 7 December 2008

PESTA SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB 2007

BERAKAS, Isnin, 13 Ogos. - Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad berkata, kegiatan kokurikulum yang diprogramkan di sekolah-sekolah hendaklah selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan agar minat dan keupayaan pelajar akan dapat berkembang ke tahap yang maksima.
Dengan demikian katanya, kita mahu melahirkan pelajar-pelajar yang maju dalam segala bidang bukan hanya cemerlang dari segi akademik, malah juga mempunyai kemahiran-kemahiran hidup yang lain, mempunyai sahsiah yang terpuji dan memiliki jati diri.
Timbalan Menteri Pendidikan menyatakan perkara itu di Majlis Pembukaan Rasmi Pesta Sukan Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Kali Ke-4 tahun 2007, berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di sini.
Menurutnya, dalam pengertian jati diri itu ialah berdisiplin, beradap sopan, bermaruah, tidak lupa kepada nilai-nilai falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB), nilai-nilai hidup beragama walaupun semasa berada di gelanggang sukan.
"Sukan adalah termasuk dalam ajaran Islam yang murni kerana ia dapat membina kesihatan mental dan fizikal," ujarnya. Oleh itu katanya, peliharalah kemurnian tersebut dengan mengawal pergaulan dan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut pandangan Islam supaya terhindar dari sebarang kritikan.
Di majlis itu Timbalan Menteri Pendidikan turut melancarkan Buku Panduan Dasar Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah-sekolah Negara Brunei Darussalam dan Buku Garispandu Dasar Pendidikan Jasmani Di Sekolah-sekolah Negara Brunei Darussalam.
Menurutnya kedua-dua buah buku tersebut akan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada sekolah-sekolah dan akan dapat memberikan penekanan yang lebih kepada peri pentingnya penglibatan pelajar dalam sukan dan permainan bagi menggalakkan kemajuan pelajaran.
Selepas itu bacaan ikrar sukan dan diikuti dengan persembahan tarian dan senaman oleh murid-murid sekolah-sekolah rendah dan menyaksikan perlawanan akhir futsal bagi Kumpulan B dan C.
Sepanjang pesta sukan itu sebanyak lapan acara sukan seperti bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw, badminton, hoki, olahraga dan mini maraton dipertandingkan dengan melibatkan hampir 3,000 orang atlet pelajar daripada 38 buah sekolah / maktab seluruh negara.
Objektif pesta sukan ialah untuk memberikan motivasi dan keyakinan diri yang tinggi kepada atlet-atlet remaja untuk bergiat aktif di bidang sukan dan olahraga.
Pesta sukan juga adalah bagi mengenal pasti atlet-atlet remaja yang berpotensi untuk dibimbing dan dilatih bagi menyediakan mereka sebagai atlet negara dan untuk memberi galakan pertumbuhan dan cara hidup sihat melalui kegiatan dan kejohanan yang disertai.
Pesta sukan kali ke-4 ini adalah merupakan salah satu projek mega bagi Kementerian Pendidikan yang melibatkan hampir 15 ribu orang pelajar dalam acara perasmian dan penutup pesta sukan itu.
Lima buah tempat menjadi medan pertandingan bagi merebut pingat emas, perak dan gangsa sepanjang pesta itu dilangsungkan iaitu Stadium Tetutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Kompleks Sukan Menglait, Stadium Hoki, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Dimuat turun dari : http://www.brunet.bn/news/pelita/22ogos/sukan.htm

No comments:

GREETINGS


I made this widget at MyFlashFetish.com.

(Encontras) Tu Trouveras - Natasha St. Pierre e Miguel Bose