Pages

Saturday 19 September 2009

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mewakili Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab Pendidikan Jasmani Sesi 2009, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh ahli Kelab Pendidikan Jasmani Universiti Brunei Darussalam.

Didoakan semoga hari raya ini kita akan sama-sama dapat mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga dan rakan-rakan.

Friday 18 September 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

Dimaklumkan bahawa Kelab Pendidikan Jasmani sedang merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur pada awal bulan Januari 2010 (2 hingga 7 Januari 2009 - 6 hari).

Diantara tempat-tempat yang akan dilawat ialah Sekolah Sukan Bukit Jalil, Majlis Sukan Negara dan UPM.

Harga tiket pergi balik ialah sebanyak $250.00 (sudah termasuk caj) melalui Royal Brunei Airlines dan pihak Kelab Pendidikan Jasmani akan cuba untuk mengenakan bayaran semua (tiket + penginapan + makan minum + pengangkutan) dalam lingkungan $400-$500 (tergantung kepada perundingan dengan pihak di Kuala Lumpur).

Pengesahan untuk ikut serta ialah pada minggu pertama November 2009 dengan membuat pembayaran $250.00 untuk tiket penerbangan pergi balik.

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui keterangan lanjut bolehlah menghubungi :

Awang Sophan bin Afandi (8763778) - Setiausaha Kelab Pendidikan Jasmani

Saturday 5 September 2009

MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL KELAB PENDIDIKAN JASMANI

Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa majlis tersebut di atas akan diadakan pada :-

Tarikh : 10 September 2009
Hari : Khamis
Jam : 3.30 petang hingga selesai

Pakaian : Kemas

Sehubungan dengan itu, semua ahli-ahli Kelab Pendidikan Jasmani adalah dikehendaki untuk menghadirkan diri di majlis itu nanti.

Di atas kehadiran abiskita nanti, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

PERTANDINGAN PERMAINAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI 2009

Dengan penuh hormat dimaklumkan bahawa Pertandingan Permainan Dalam sedang berlangsung bagi ahli-ahli Kelab Pendidikan Jasmani anjuran bersama B. Ed Pendidikan Jasmani Tahun 2 dan SMP Pendidikan Jasmani Tahun 4.

Pertandingan diadakan setiap hari Rabu iaitu seperti berikut :-

1. 2 September 2009 - Dart dan Carrom - Multi Purpose Hall, UBD.
2. 9 September 2009 - Dam dan Ular & Tangga - Multi Purpose Hall, UBD.
3. 16 September 2009 - Lotto dan Congkak - Dewan Hostel Siswi, UBD.

Sehubungan dengan itu, orang ramai terutama mahasiswa dan mahasiswi UBD adalah dialu-alukan untuk menyaksikan dan memeriahkan pertandingan itu nanti.

GREETINGS


I made this widget at MyFlashFetish.com.

(Encontras) Tu Trouveras - Natasha St. Pierre e Miguel Bose