Pages

Friday 18 September 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

Dimaklumkan bahawa Kelab Pendidikan Jasmani sedang merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur pada awal bulan Januari 2010 (2 hingga 7 Januari 2009 - 6 hari).

Diantara tempat-tempat yang akan dilawat ialah Sekolah Sukan Bukit Jalil, Majlis Sukan Negara dan UPM.

Harga tiket pergi balik ialah sebanyak $250.00 (sudah termasuk caj) melalui Royal Brunei Airlines dan pihak Kelab Pendidikan Jasmani akan cuba untuk mengenakan bayaran semua (tiket + penginapan + makan minum + pengangkutan) dalam lingkungan $400-$500 (tergantung kepada perundingan dengan pihak di Kuala Lumpur).

Pengesahan untuk ikut serta ialah pada minggu pertama November 2009 dengan membuat pembayaran $250.00 untuk tiket penerbangan pergi balik.

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui keterangan lanjut bolehlah menghubungi :

Awang Sophan bin Afandi (8763778) - Setiausaha Kelab Pendidikan Jasmani

No comments:

GREETINGS


I made this widget at MyFlashFetish.com.

(Encontras) Tu Trouveras - Natasha St. Pierre e Miguel Bose